Tuesday, 19 November 2013

gantung diri

kurangnya kebergantungan diri pada Allah,
bermakna kurangnya keyakinan kita pada Dia,
hilangnya sedikit demi sedikit keimanan kita untuk percaya pada kuasa-Nya,
dan seperti menjauhi Dia untuk memohon sesuatu,

jangan lupa kita adalah makhluk-Nya,
kehidupan kita dah disusun atur oleh Dia,
jangan berlagak seperti segalanya atas usaha sendiri,
hati kita pon Dia yang pegang,
jadi jangan nak sombong.

ingat la Dia selalu,
bukan hanya waktu susah,
waktu dilemma,
waktu patah hati,
sedang Dia tidak pernah lupa akan kita.

jangan rasa setiap masalah Dia turunkan untuk membalas dosa kita,
fikirkan positif nya,
segalanya berhikmah,
semuanya beralasan,

tak perlu nak berduka lara atas masalah dihadapi,
yakinla..semuanya bersebab.
ada hikmah atas apa yang berlaku,
cuma cara kita berfikir itu setakat mana untuk menginterpretasikan cabaran yang diberi.

yakin lah pada Dia.
Dia tak pernah hilang,
Dia selalu melihat kita,
Dia tak pernah lupa akan kita.

usaha...yakin...sabar...

INSYAALLAH
semua akan terungkai,
Dia tidak pernah lupa akan janji,
YAKINLAH!!

yakin

aq lupa Dia dikala aq bahagia,
aq lupa bilamana aq menatap we chat dari si kecil sambil tersenyum,
tapi...
sekarang bila aq dah keseorangan,
aq cari Dia,
manusia nya aq ni,
bila gembira lupa diri,
bila merana baru mencari.

apa aq mahu katakan,
itu adalah lumrah manusia,
bila bercinta,
tidak mengikut Islam
bila bercinta, terlampau liberal
bila bercinta mahu main cubit cubit

sudah la manusia,
yakin la pada Dia.
jodoh ada di mana mana
jangan berduka
jangan merana
minta pada Dia
dan yakin
Dia yang paling mengetahui
untuk kita Dia sudah susunkan bagaimana kehidupan kita.

tukar jantina

senang jadi lelaki,
senang hidup seperti kasanova,
senang mempermainkan,
senang rasa diri hotsetap.

tapi sorry aq tak teringin menjadi lelaki,
Allah bagi kelebihan pada perempuan,
dan kelebihan itu juga banyak,
kesabaran,
membawa ke syurga.
insyaAllah

Monday, 18 November 2013

kau lelaki,kau mengharukan dunia aku..

bila lelaki berjanji manis,
cair nye perempuan seperti cairnya coklat bila dipanaskan.
kata-kata ku rasa terlampau memberikan impak yang besar kepada perempuan,
perempuan hanya mampu berada di awang awangan bila mana kata kata manis diungkap.
mereka khayal,
mereka berfikir,
berfikir jauh,
sehingga melewati ke galaxy luar.

bila si lelaki adalah lelaki pertama yang menawan hati,
ku rasa dia lah yang terawal dan mahu dijadikan yang terakhir,
tapi pastikah aku?
mahu nya pasti..
haruslah tak.
kuasa di tangan yang Di Atas (ALLAH)


Sunday, 17 November 2013

jiwa kental katanya....!! blergh

kau kata kau sayang,
tapi kau tak declare,
kau kata kau nak tengok aq hari-hari,
tapi kau tak declare,
kau kata aq comel,
tapi kau tak declare,
kau kata kau nak jumpa umi abah,
tapi kau tak declare,
kau kata nak salutkan aq dengan warna pink di hari kita,
tapi kau tak declare,
kau kata bila dah kawin dan berjauhan,kau nak video call hari-hari,
tapi sampai sekarang kau tak declare.

ape lagi yang kau nak dari aq???

kau stalker terhebat,
kau penyimpan rahsia yang tersohor,
kau seorang penukar topik yang sangat berjaya,
aq terima semuanya,
aq berlapang dada,
aq tak kisah,
kerna aq mahukan pengakhiran yang baik,
tapi akhirnya,
kau tak kekal lama,
kau pergi,
kau tinggalkan aq,
kau biarkan aq macam sampah.

ape lagi yang kau tak puasa hati?

-BROKEN HEART!!!-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...