Saturday, 25 May 2013

hilang semuanya...

berkawan..
bagi diri aku,kawan sangat penting.
walaupun mungkin kau lebih suka berseorangan.
tapi apa mungkin kau boleh berseorangan selamanya?

takkan...
kau pasti perlukan juga teman untuk berborak, berduka..
tempat kau berbincang masalah,
mencari solusi

tapi..
kawan juga terkadang memecah belahkan hubungan,
mungkin dari rasa iri hati,
mungkin juga benci,
mungkin juga tidak sedar perlakuan dirinya memcah belahkan hubungan.

hati..
tidak pernah merasa kisah,
perbuatan kau..
terlampau banyak buatku menangis
buatkan terfikir,
apa sebenarnya matlamat hidup kau berkawan
bagaimana diri kau mendefinasikan kawan?

kawan..
aku tidak pernah kesal berkawan dengan kau,
tapi aku risau kau kesali hidup bersamaku selama ini
pendapat kau, pendapat ku,
berlainan,
tapi aku terima diri kau,
aku hargai kau..
sebab ape..
sebab aku terlalu menyayangi kau..

kawan..
aku tahu kau sendiri tidak tahu perlakuan diri kau menyebabkan orang disekeliling kurang senang,
tapi mereka berdiam diri..
mereka mengikuti rentak kau,
kami semua tidak pernah,
ye..kerana itu adalah diri kau,

tapi pabila aku disakiti,
siapa yang memperjuangkan hak aku??
tiada...
aku sendiri..
tiada ditemani sahabat yang paling aku cintai
semuanya lebih memilih untuk menyatakan kesalahanku.

sebetulnya jika benar kita bersahabat,
kepercayaan sangat perlu dititikberatkan,
berada la ditempat ku,
kau pasti merasa sakit nya diri.

bersahabat..
perlulah matang,
pemikirang perlu berlandaskan keislaman kita,
cara yang baik, bawa ke meja rundingan,
menyatakan segalanya,
walaupun buruk,
jujur sahaja..
kerana itu yang terbaik.

matanglah wahai sahabat..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...