Sunday, 28 August 2011

impian ku dihari raya!!~~





ha......sape takde impian hari raya yang indah...
rasanya semua orang pon ada..
macam aq,tahun ni rasanya tak berapa seronok la nak merayakan hari raya ni..
ntah la kenapa..
mungkinkah aq dah matang?
adakah sebab umur dah semakin meningkat akan merindumkan semangat raya aq?
hmmm......
berfikir sejenak....
takkan kowt.....
tapi ada betulnya jugak...

mungkin juga sebab aq sebulan berpuasa di rumah..
dan tidak menikmati suasana seperti aq di uia dulu?
menunggu saat2 nak balik rumah...
pastu nak kemas bilik,loker semua sambil dengar lagu raya...
pastu kawan2 pun turut bercerita kisah2 raya diorang..
pastu bersedih-sedihan...
menunggu tibanya hari perjalanan pulang ke kampung halaman..
tiket dipegang2..ditatap2..
jam ditengok berkali2 untuk memastikan berapa lama lagi akan menaiki bas..

sesudah sampai di bus stand...
menunggu pula kehadiran bas yang akan menceriakan semua penumpang..
riuh rendah dan kesesakan ramai memecahkan lagi suasana dan menjadikan lebih meriah..
lagu2 raya terdengar dari corong2 radio...
mulut orang ramai juga terkumat kamit turut mengikut menyanyikan lagu raya itu tanpa menghiraukan orang sekeliling mengata.."woii,suara kau tak sedap..jangan nyanyi!!"

tersengguk2 dalam perut bas...bukanlah perkara yang luar biasa..
tapi hadirnya suasana raya ditambah pula keterujaan untuk sampai di rumah dan memeluk cium ibu yang sudah lama tidak ketemu..
hati tergedik2 ketawa sendirian memikirkan rumah dalam sepanjang perjalanan..


tapi.......
semua itu telah ditinggalkan setahun yang lalu..
sifat keterujaan itu semua sudah tidak lagi dalam lekaan ku...


apa yang menjadi impian ku itu adalah semua itu...
tetapi apakan daya...
kalau itu semua terjadi...
perasaan rinduku pada ibu bapa semakin membuak2...
aq seperti tidak sanggup menunggu lama...
hatiku digertak2...
menyuruh zahirku berada di rumah sahaja..

aq juga impikan beraya dikampung..
pelita turur dipasang disepanjang jalan menuju ke rumah...
bermain bunga api..
tidak tahu kenapa,tapi aq suka bermain permainan kanak2 itu.
mungkin kerana, sewaktu kecil dahulu perasaan puas besama bunga api itu belum cukup kali..

buat ketupat?bakar lemang...?
walaupun aq pemalas...
hatiku tetap teruja nak menyiapkan semua itu..
aq ingin sekali menurut kata hatiku..

saudara mara berkumpul bersama..
alangkah seronoknya kan...
sudah lama tidak merasainya..
beraya dikuantan?apa yang ada?
seluruh warga galing lebih gemar beraya dikampung...
tapi aq..bersendirian di sini..
bersama keluarga terchenta itu lebih ku idamkan...
aq gembira di sini..

impianku akan berjaya suatu hari nanti..INSYAALLAH
video

2 comments:

  1. seryes ah.

    raya tahun ni tak meriah.
    sebab tu la gak kot, cuti.

    plus, duit pon mcm tak byk sangat kan... HAHA

    ReplyDelete
  2. ha....betul la tuh....
    tak rasa sume tu kan...rindu nak rasa sebenarnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...