Monday, 11 July 2011

sape dah tengok SEKALI LAGI??


SEKALI LAGI INFO:

Producer : David Teo
Director : Hashim Rejab
Producer (Company) : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Drama, Romance, Comedy
Classification : U
Release Date : 30 June 2011
Duration : No Info
Audio : Stereo
Script: MIG Script Panel

Cast: Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae, Kartina Aziz, Shasha, Zul Handyblack, Ana Dahlia, Bob Lokman, Amylia Nastasha Aziz


hahaha..wat pengetahuan korang semua...ini adalah kali pertama dalam beberapa tahun ni aq tengok movie melayu kat panggung...

jahat tak jahat la orang kata aq tak support movie melayu.lorh..bukan la tak nak support, tapi tak lama tayang kat panggung..haaaa...keluar pulak kat astro..tak ke bengang tuh.. aq baru jer tengok..sekali orang lain semua dah boleh tengok dengan tenangnya kat rumah. tak payah bayar mahal mahal masuk panggung. tak payah beratur pi beli tiket sume.so, kira aq geram la kan kalau da keadaannya macam tuh.

tapi hari ni sebab kawan kepada kawan aq yang sorang tu nak sangat tengok,and lagi satu memang takde movie lain yang ok da..yang ada pon transformer ngan ape nth tak ingat da aq. transforme pulak aq tak ikut sequence dia..malas plak aq nak tiba2 tengok transformer yang dah keberapa ntah 2.huhu.

ape ape pon movie ni kira ok la jugak..aq menitis jugak la air mata sikit tadi (sikit je owkeyhh)masa climax dia tu..agak sedih la jugak..

overall aq bagi 7/10 la...
not bad la tuh..kira banyak dah aq rate tuh..
comel la sume pelakon pelakon..
*lisa surihani..
*sam
*adik miasara
*bron pon comel..hehe..

ni synopsis citer tuh..hehe

Sekali Lagi

tells story of Arman (Shaheizy Sam) a man with autism who comes across a little girl, Amy, as snatch thieves almost rob him. Amy is a little girl who is smart and independent therefore Arman frequently spends time with Amy, which in turn enables Arman to be more independent. Things take another twist when Arman meets Amy’s mother Sheila (Lisa Surihani), and Sheila soon finds that she’s torn between her boyfriend Faris (Bront Palarae) and the sweet Arman (Shaheizy Sam), with whom her daughter has formed a bond with.

Sinopsis: (Pendek) Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu?

Sinopsis (Panjang) *Spoiler Alert!* Sekali Lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.

Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.

Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.

Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...