Friday, 15 July 2011

Muka aq ALERGI @ JERAWAT?????



lorh...tetiba pulak muka aq gatal gatal..
merah merah pulak........huhuhuhuhu
nak wat camner ni??

aq pakai pencuci lagi la gatal + merah merah...
so,maknanya alergi la kan?

aq pon tak taw la muka aq ni alergi ngan makanan ape?
setahu aq semua makanan aq bedal kecuali seafood je lar.
sebab aq memang tak makan seafood tu..

nak kata pencuci muka??
aq lepas SPM kot tak pakai da..
pastu hari tu sebab muka aq gelap sangat pasal pergi berpanas seminggu terpaksalah aq cari produk untuk pencerahan kulit muka aq ni. bape hari pakai memang la nampak tanda2 kembali cerah sikit, tapi lama2 gatal + merah2 nampak cam ruam...
adoiii....
pe ntah aq nak buat...

banyak je produk aq try start umur aq 14 tahun..tapi semua alergi...
SAFI BALQIS, PONDS, FAIR & LOVELY, SHURAH, GARNIER, OLAY,

ha...lebih kurang la tu yang aq penah guna.. aq pon dah tak ingat da yang lain..
so, skunk aq nak cari yang tradisional punya plak..

penah jugak nak try..tapi kadang2 kat umah takde plak mende2 tu..huhu.
pulak tu mak aq tak masak sangat kat umah...
lagi la susah nak jumpa tomato sume2 tu..
stakat barang asas macam bawang ti ader la..haha.
nak letak bawang kat muka jadi apa agaknya ek?? haha

so...sekarang cuba pulak kita try yang tradisional or zaman nenek2 moyang kita dulu

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Daun sirih untuk wajah berminyak
ANDA sering mengalami masalah kulit wajah yang berminyak. Untuk mengurangkan masalah itu 1 ambil beberapa helai daun sirih lalu diramas ke dalam air. Setelah itu sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat selama 3 minggu berturut-turut. Anda akan perolehi hasilnya.


Menghilangkan parut
Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.

Menghitamkan alis mata
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis… Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

Menghilangkan jerawat batu.
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.

Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar…

Menghaluskan Kulit Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.


Kulit Muka Lembut dan Cerah

  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
owhhhhh...sorry..gambar ni xd kena mengena pon..
tapi time ni muka xd jerawat!!!! waaaaaaaaaaaaa....
gedix dowh...ko ingat selamanya muka akan licin??huhu
tapi muka aq bukan berjerawat larw...bintik merah kot.
macam ruam..huhu.kulit baby kowt....aha

2 comments:

  1. kalau aku allergi dengan pencuci muka best gak, takyah bazir duit, pakai tradisional jek. hahaha.

    kau try dah sbun susu kambing kee ?

    ReplyDelete
  2. asal aq alergi je aq try susu kambing..
    habis sume susu aq perah..makin allergi ader r..

    hadoii..
    memang r jimat,tapi nanti org kata mika cepat kedut.,haha.takmo~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...