Sunday, 1 May 2011

-s A K i T-

apa perasaan bila semua sendi2 kat dalam badan kita sakit??
merana tak?
kalau orang yang sudah berumur pulak rasa macamna kalau kita yang muda ni pon dah tak boleh tahan?

kenapa la ada perasaan tidak berperikemanusiaan sangat dalam diri manusia ni ek?
kenapa perlu ada perasaan cemburu yang teramat sangat?
kenapa ada perasaan nak menjatuhkan orang lain?
kenapa nak sangat gunakan kekerasan disebabkan perasaan jeles yang teramat sangat tu?
kenapa ada iblis laknatul Allah yang membantu seseorang manusia tu menyesatkan umat lain??
KENAPA KENAPA KENAPA??????????????????????????????????????????????????

tolonglah hentikan!!!
kita sesama manusia tak perlulah nak jeles ataupun mendengki atas kesenangan orang lain. cubalah ambil itu sebagai ujian ataupun fikirkan hikmah disebaliknya.
mungkin DIA nak kita memperbaiki diri dan menambahkan lagi ilmu agama dalam diri.
apa salahnya apabila kita melihat kelebihan yang Allah berikan kepada seseorang itu dan kita juga perlu ada keinginan untuk memiliki fadilat sebegitu... tetapi harus diingat...
bukannya dengan menggunakan cara halus itu dengan mudahnya akan mendapat barakah dan fadilat seterusnya menyenangkan diri kita di muka bumi Allah ni.

cari la dengan cara yang betul dan diberkati Allah..
bukannya dengan cara yang menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.
fikir-fikirkanlah akibat dan pembalasan yang Allah sudah sediakan kepada orang2 yang mengingkari perintah Allah dan melakukan larangannya. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun jika kamu bertaubat sebelum datangnya hari pengakhiran hidup ini.

tolonglah hentikan perbuatan yang tidak betul itu..
tolonglah jangan suka melihat orang lain menderita di atas sikap tidak bertanggungjawab kita kapada sesama manusia ni.
menderita sangat anak2 beliau melihatkan keadaan sebegitu..sedih tak terhingga.
kasihanilah umat Allah itu. kita semua sama sahaja. tiada yang lebih dan kurang.

memang kalau Allah tidak menghukum di dunia ini. tapi, ingatlah diakhirat kelak pembalasan yang pedih..
di dunia ini pon tiada kurangnya..akan ada juga pembalasan yang menanti...
ingatlah wahai semua umat manusia.
janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain.
ingatlah penderitaan yang mungkin akan dibalas semula oleh Yang Maha Esa.....

=(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...