Friday, 27 May 2011

hai sayang ^_^

assalamualaikum sayang.....

rindunya kat awak. bila kita boleh jumpa ek?
tapi tu la,mungkin sekarang belum tiba masanya untuk kita berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain.mungkin Allah sudah menentukan tarikh bila dan dimana kita akan berjumpa.tak sabar rasanya nak melihat keagungan ciptaan Allah kat awak.

agaknya macamana rupa awak ek?awak hensem tak?hehe..tapi saya tak kisah pun. kalau awak tak hensem tapi awak memang jodoh saya,saya terima awak seadanya. dan saya awak dapat terima saya sebagaimana mak ayah saya terima saya. mungkin saya ada sedikit kekurangan atau mungkin juga banyak,harap awak tak kisah.

awak............

macamana harini,everything ok ker?kalau tak ok cerita la kenapa...,kan kita janji nak share semua masalah yang kita hadapi.saya boleh cuba selesaikan masalah awak,awak pon boleh cuba untuk cari solusi bagi masalah yang saya hadapi.kalau awak taknak cerita takpela, mungkin tak semua perkara saya perlu tahu. saya tak kisah,asal awak jujur kat saya.

awak.......

awak bangun pukul berapa tadi?harap awak bangun awal,nanti boleh la awak kejutkan saya bangun subuh.kita berjemaah sama sama ek.tapi kalau bangun lagi awal pon lagi saya suka,boleh kita tahajjud sesama.sayang nye kat awak.

awak......

awak sihat harini?saya harap awak sihat..tapi kalau awak tak sihat nanti saya akan sentiasa berada disamping awak,dan saya nak merawat awak dengan penuh kasih sayang sampai awak pulih.

awak.....

saya harap awak sabar dan sentiasa tenang.saya boleh sabar tunggu awak,takkan awak tak boleh sabar tunggu saya kan..insyaAllah nanti kita akan jumpa jugak.janganlah sedih..senyumlah sikit.insyaAllah kita akan dipertemukan dan kebahagiaan akan datang bersama.awak jangan risau la.....

awak.....

saya ni bukanlah pandai sangat bab bab agama,tahu sikit sikit boleh la..saya harap awak dapat bimbing saya.saya nak sangat tiap tiap lepas sembahyang maghrib dengar tazkirahdari awak.tak sabar rasanya..awak cuba la untuk penuhkan ilmu di dada yek. nanti kita bolehbelajar sama sama juga kalau kita tak tahu.kita pon boleh baca al-Quran sama sama,mendalami tafsir al-Quran tu..saya teringin sangat nak hafal satu Quran tu and faham apa yang nak disampaikan dalam ayat tu.saya tunggu awak ajar saya nanti taw.

awak.......

saya harap awak jaga diri awak baik baik,saya pon akan sentiasa mengelakkan perkara yang dilarang-Nya.saya cintakan awak setulus hati dan ikhlas kerana-Nya.saya harap hati awak sentiasa dengan saya dan tidak berubah sampai akhir hayat.

awak........

saya nak sangat awak sentiasa berusaha untuk membahagiakan mak ayah awak ..jagalah sikap dan tutur kata kepada mereka. saya yakin awak adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.baru la kurang pergaduhan antara kita nanti.

awak...

saya nak awak tahu sangat yang saya sedang tunggu awak sangat sangat.awak tunggu saya taw.semoga kerinduan saya ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...