Tuesday, 3 May 2011

bila cik aishah dah kurang gula....^_^

beberepa perkara ingin ku katakan :-

*mata dah agak2 nak terpejam tapi nasib baik tak pejam lagi,kalau tak entry ni tak adalah nak ku taip.

*memang aq tak ada apa2 nak taip selain daripada merepekkan diri di pagi hening yang suram ni.memang sangat suram sebab masih awal lagi,ape tak nya sekarang baru pukul 1.21 mengikut jam my dear lappy...semua orang masih baru menyenyakkan diri. apa betul ke penggunaan bahasa melayu aq tuh? macam tak pernah dengar la pulak. ok,tak pe..aq sendiri je tahu kesalahannya..

*ni kenapa pulak adik aq si kecik yang dah tak berapa nak kecik da sebab lagi beberapa inch lagi nak sama taraf dengan "ketinggian" aq ni tiba2 je masuk bilik abang aq and tidak semena2 menyinggah disebelahku? mesti tiba2 mengigau then tengok aq takde kat sebelah.. takut la tuh? ok,macam aq tak takut la plak kan.~~aq mengaku!!! aq memang ____

*ha! si adeq aq lagi seketol ni pulak,dok menunggu turn nak amik my lappy la tuh....da lah tadi taknak bawak aq keluar jalan2,dok sibuk sangat dengan kawan dia yang tersayang tuh. macam la kawan dia bagi dia makan.satgi balik rumah cari makanan kat umah jugak, tengok dapur jugak,bukak tudung saji jugak. pe jadahnya seronok sangat keluar ngan kawan ko.kesian sikit la kat aq ni ha,semua kengkawan aq tak habis exam ag. aq ni ha da lama cuti sampai da nak balik campus semula dah pon.cubalah pentingkan haku ni. sok ko nak kua lagi ngan kawan tersayang tuh. DA TUH BILERNYER NAK KELUAR NGAN AQ!!!!!!!!!!!??????????????????

*satgi nak pergi tengok bola la tuh kat rumah kawan kesayangan. benci mak!!
mak rasa tak diperlukan.(ape aq sentap sangat ni?? poyo lebih dowh!!)

*last kali mesti perkara paling penting dan wajib aq masih lagi tak tuntuti..... sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
(peh!!! aq sebenarnya takkut biler baca perkataan tu kat mana2 surau atau masjid yang aq jumpa sebab mesti disekalikan dengan picture yang ala2 gula2 putih bungkus tuh) siyes aq seram biler ingat.ok,da aq expose kan ketakutan aq kat mende2 macam tuh. jangan la sape2 aniaya aq.giler scary!!!!~~ insya' tak sembahyang lagi tu..kalau kat rumah memang macam ni. lambat je nak sembahyang. ace tengok aq kat hostel,macam aq orang terawal yang amik air sembahyang,tak pun tunggu je pas maghrib tu nak sembahyang insya'. aq ngah bangga ke ni??? musykil plak. takpon kan~~~~~

*oh ye..baru ku teringat yang aq sibik sangat cari apa yang best kan bangkok. kot2 la nak suh ada orang tuh belikan ole2 banyak2 tuk aq. memang aq teringin nak pergi,tapi tak berkesempatan.kirim pon jadi la..dok sibuk da aq cari apa yang ada kat bangkok. cari punya cari jumpa la apa yang faymes kat sanga. CHATUCHAK MARKET.......
peh!! nampak macam best dowh,dah la katanya barang murah. pe lagi. borong jangan tak borong.(aq plak yang over) aq nak beg,baju,n barang2 vintage kalau ada..smart dowh..
yang nak kena bagi duit lagi leceh. bukankah aq tengah pokai sekarang ni?buat2 lupa da~~~pandai2 la dia membayarkan je apa yang kuingini.

* sudah la...aq tak mau merepek lagi di pagi buta ni. mari la bersama2 mengerjakan solat bagi sesiapa yang masih lagi menangguhkan perkara wajib ni.
pe lagi!!! jom r!!!!

da~~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...