Friday, 27 May 2011

hai sayang ^_^

assalamualaikum sayang.....

rindunya kat awak. bila kita boleh jumpa ek?
tapi tu la,mungkin sekarang belum tiba masanya untuk kita berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain.mungkin Allah sudah menentukan tarikh bila dan dimana kita akan berjumpa.tak sabar rasanya nak melihat keagungan ciptaan Allah kat awak.

agaknya macamana rupa awak ek?awak hensem tak?hehe..tapi saya tak kisah pun. kalau awak tak hensem tapi awak memang jodoh saya,saya terima awak seadanya. dan saya awak dapat terima saya sebagaimana mak ayah saya terima saya. mungkin saya ada sedikit kekurangan atau mungkin juga banyak,harap awak tak kisah.

awak............

macamana harini,everything ok ker?kalau tak ok cerita la kenapa...,kan kita janji nak share semua masalah yang kita hadapi.saya boleh cuba selesaikan masalah awak,awak pon boleh cuba untuk cari solusi bagi masalah yang saya hadapi.kalau awak taknak cerita takpela, mungkin tak semua perkara saya perlu tahu. saya tak kisah,asal awak jujur kat saya.

awak.......

awak bangun pukul berapa tadi?harap awak bangun awal,nanti boleh la awak kejutkan saya bangun subuh.kita berjemaah sama sama ek.tapi kalau bangun lagi awal pon lagi saya suka,boleh kita tahajjud sesama.sayang nye kat awak.

awak......

awak sihat harini?saya harap awak sihat..tapi kalau awak tak sihat nanti saya akan sentiasa berada disamping awak,dan saya nak merawat awak dengan penuh kasih sayang sampai awak pulih.

awak.....

saya harap awak sabar dan sentiasa tenang.saya boleh sabar tunggu awak,takkan awak tak boleh sabar tunggu saya kan..insyaAllah nanti kita akan jumpa jugak.janganlah sedih..senyumlah sikit.insyaAllah kita akan dipertemukan dan kebahagiaan akan datang bersama.awak jangan risau la.....

awak.....

saya ni bukanlah pandai sangat bab bab agama,tahu sikit sikit boleh la..saya harap awak dapat bimbing saya.saya nak sangat tiap tiap lepas sembahyang maghrib dengar tazkirahdari awak.tak sabar rasanya..awak cuba la untuk penuhkan ilmu di dada yek. nanti kita bolehbelajar sama sama juga kalau kita tak tahu.kita pon boleh baca al-Quran sama sama,mendalami tafsir al-Quran tu..saya teringin sangat nak hafal satu Quran tu and faham apa yang nak disampaikan dalam ayat tu.saya tunggu awak ajar saya nanti taw.

awak.......

saya harap awak jaga diri awak baik baik,saya pon akan sentiasa mengelakkan perkara yang dilarang-Nya.saya cintakan awak setulus hati dan ikhlas kerana-Nya.saya harap hati awak sentiasa dengan saya dan tidak berubah sampai akhir hayat.

awak........

saya nak sangat awak sentiasa berusaha untuk membahagiakan mak ayah awak ..jagalah sikap dan tutur kata kepada mereka. saya yakin awak adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.baru la kurang pergaduhan antara kita nanti.

awak...

saya nak awak tahu sangat yang saya sedang tunggu awak sangat sangat.awak tunggu saya taw.semoga kerinduan saya ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

mencari kebenaran~

dah duk kat uia,tapi off to UIA...camaner tuh???
haha.....
again!!! go for cyling kowt tonight..
weeeeee......nampak sangat aq memang suka buat something yang boleh kuruskan badan.

"AQ MEMANG ORANG YANG TENGAH OBSES NAK KURUS"

aq takut dengan kegagalan...tapi sebenarnya aq yang menyebabkan kegagalan tu berlaku
'u did it by yourself aishah!' Allah nak tolong,tapi kenapa ko tak grab that opportunity?

cuba search apa sebenarnya pertolongan yang Allah nak bagi..kalau tak cari,mana nak taw.tapi tu la,kita manusia ni buat endah tak endah je. Allah suruh kita fikir...tapi kita malas.dalam al-Quran sendiri da suh kita sentiasa berfikir tentang apa jua perkara yang berlaku dan yang kita perlu tahu. tapi tak nak jugak..nape ek?haha. fikir2 la sendiri

dreamin....


hari2 aq fikirkan diriku,
apakah muhasabah diri namanya?
termenungku sendirian,
mencari ketenangan jiwaku.

hatiku tertanya,
perlukah cinta dalam diri setiap manusia?
kalaulah perlu,
bukan aq orang yang memerlukannya.



sambung nanti...
nak out for cyling~~weeeeeeee
tetiba jek

Thursday, 26 May 2011

tinggalkan aq lagik!!!

kesiannya aq selalu ditinggalkan....padan muka aq jugak.pi tinggalkan farah sensorang dari khamis sampai hari isnin hari tu kan.
alorhh..aq tak boleh tol la dok sensorang ni..rasa nak nangis je...padahal bukan apa2 pon. malam kang kompom aq lari bilik orang lain.giler nak suruh aq tidur sensorang kat dalam bilik ni???? betul ke tidak??

emi da pulang ke kampung halaman semalam..selamat sampai dah tu...
farah baru jer sekejap tadi keluar nak pulang jugak...
manim ntah la nak balik kol bape.kot2 dah tah ada kat dalam bilik tu.semalam tak sempat nak tanya beliau nak gerak kol bapa...

tula.semalam tengok pirates tuh sampai tertidur jugak la aq sekejap..bangun2 je tengok manim da bla sebab ngantuk jugak,aq pon tak sempat la nak bertanya,.,..farah pon suh je la tutup.dah semua pakat ngantuk jer..

ok,aq sangat100000...........buhsan.takde orang ke nak ajak aq kua lepak2 jap tenangkan minda..stress dowh...kekecewaan menguji aq sangat tahun ni.

kegagalan menyebabkan aq stress,tapi meningkatkan lagi ketaqwaan aq padaNYA.Ya Allah...tolonglah permudahkan aq dalam semua pekerjaan yang aq lakukan dan bantulah aq mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di bumi yang ko pinjamkan ini. bantulah aq untuk menggembirakan ibu bapa ku sebelum mereka ko ambil ataupun aq yang ko ambil dahulu.

serius sedihnya duk dalam bilik sensorang...huuhuhu.kat umah pon aq lagi prefer ikot parents aq pergi mana2 je la daripada aq kena tinggal terkontang kanting sensorang kat rumah sebab nanti aq taktaw nak makan apa.haha.ni pon mesti aq malas nak turun makan.

waaaaaaaaaaaaaaa,.........giler sedih!! sampai ahad kot aq sensorang,tapi nasib baik sok aq ada hal..lusa pon sama.so,takde la terasa sangat kot..tapi harini aq nak penuhkan aktiviti aq dengan ape??

teringat peringatan ustaz semalam
"gunalah hujung minggu korang "

Wednesday, 25 May 2011

aq pelik dengan diriku!!!

kelas oh kelas......

26/5

7:30am
dipagi yang hening...
kring...kring...kring..(giler henfon aq memang bunyi sangat klasik)
hello..(lemah longlai sambutanku)eh,assalamualaikum..oh..abah..
abahku:ha,camner test kete semalam??
aq:hmmmm....xlepas..
abahku:la,kandas kat mana pulak?
aq:bukit....kete 2 ntah pape..huh!!

secara ringkasnya ayah aq buat lagi secepat mungkin sebab ayah aq takut aq lupa bawak kete.
alorh..aq ingat nak wat yang gerenti lulus je terus..tapi ayah aq suh buat cam bese je. huhu.aq cakap nak keje dulu tapi dia kata takpe,nanti abah bayar..
tapi....aq taknak buat yang bese tu da.takuttt!!!!! ntah dapat kete ntah pape kang,nak kena clush tinggi la..mane la haku taw..

9:30am
aq tebangun semula selepas tertidur sejurus selepas ayahku meletakkan gagang telefon.
peh!!,kelas kol 11.kena gerak p sana 10:30,aq nak iron baju lagi..tapi apa2 pon,sempat pulak aq update blog jap sambil dengar lagu maher zain ni,sambil makan nesvita oat ni ha. haha...

oitttt aishah...!!!!!! keje sekolah ko dah siap ker?dah hafal??
aduhhh....aq luper..
k la...nak tengok keje sekolah jap b4 berangkat ke kelas..
da....................................

Sunday, 22 May 2011

keputusan yang merisaukan~ ~ ~

serius aq sangat risau sebenarnya sebab tak dapat datang kelas esok. atau dalam erti kata lain, aq PONTENG!!!! ponteng kelas la aq paling suka masa kat sekolah dulu2 kala, tapi sekarang aq dah tak suka langsung sebab nanti aq ketinggalan pelajaran.(giler aq sangat baik =) ) bahasa arab tu.da la banyak kerja sekolah cikgu bagi. da la banyak lagi aq tak buat. da la besok aq ponteng dua kelas. kompom lusa both cikgu aq tanya. takpon besok pagi ustaz aq kol pastu buat loudspeaker bagi satu kelas dengar.(giler aq sangat suka ustaz kol) baru nampak femez sikit kan.

tapi aq nak buat macamana da kalau aq naik bas pon malas,tunggu je la sampai ayah aq nak anta. nasib baik ayah aq nak anta,kalau tak memang naik bas je la aq. ntah si kawan"baik" aq tu pulak ntah ke mana.aq message taknak reply pulak...(peh!! memang aq sangat bengang kan ngan dia). tolonglah reply...aq rasa kerja jual topup da,xkan taknak topup kot....nasib baik ko takde makwe,kalau tak....kompom banyak kali bercerai. aq sendiri pon da bengang sangat2 dengan ko.! sakitnya ati aq...

memang bergaduh ngan cikaro ko tiap2 hari kalau perangai ko camni. (weh,bengangnya...)
nasib la ko bukan pakwe aq,ish..kalau pakwe aq memang dah lama aq cerai........
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

papepon time ko nak balik kompom aq tetiba baik dengan ko. hehe.....sebab nak tumpang. ko kan nak save bajet,kang pokai pulak balik sensorang.kan3motif sangat!!!!!!!!

sudah la.....tak larat aq nak tunggu ko reply message~~~~
geram nya!!!!~~3>

bila kau nak taw nyer???

bila la kau nak taw yang aq memang suka lama dah kat kau!!! ok,sangat lawak..
"how could you like him?"...ok,sape ntah tanya aq soalan macam tu....
he is so.......... whatever he is i just like him.don't know why..just like him la.tak payah tanya dah la nape aq suka kat dia.kalau aq dah suka tu,bia je lar..biarpun dia tak suka kat aq.ada aq kisah?? pedulik apa aq,asal aq suka da r..ha..kan dah berbelit2 da ayat aq.

mesti orang pelik kenapa aq boleh suka kat orang yang sengal macam tu..haha.
hidup ni kan macam2 hal yang manusia ni inginkan. ikut taste bud masing2 r... aq suka yang sour,ada yang suka bitter,and so sweet~~~

i love everything yang cute even i am not the cute one!!! ok,aq sangat admit mende tu..
me : suka sangat things or person yang cute.suka tengok and suka nak memiliki..hehe. gatai sangat!!!

hahahahahahahahahahaha(ketawa jahat sangat2!!)

itu la aq.....

Friday, 20 May 2011

balik and do nothin~

suma mende2 yang boring macamni..ha..memang aq la yang buat.ye,aq sorang je yang buat. kau orang yang lain ada yang buat macam aq?tak hado kan!! so, bersyukur la korang yek. jangan jadi macam aq ni.balik rumah aq memang semata2 nak duduk kat umah je..erkkkkk...(tangan di dada,mata ke atas)

kalau duduk rumah pon kaki and tangan aq ni pon bukan la cukup nak siapkan suma kerja rumah. adik?? ada 2 orang...keje rumah???? HARAM la kalau mereka yang tak sedar diri dah besar tu nak buat kerja rumah. memang dok goyang kaki la aq kalau ada adik2 yang rajin. sumer tak sedar diri ingat diorang baru umur setahun dua. bla la lu.......

tolongla..aq penat asyik balik tengok rumah cam tongkang pecah, baju bapa lori tak lipat, pinggan mangkuk bersepah tak berbasuh. dah taw mak korang tu tak berapa sihat,tak larat nak buat kerja,tak nak pulak tolong... takde kesedaran sivik betul la. cuba la ada sifat benci kepada kekotoran dan rumah yang bersepah.arghhhhh...
giler aq bengang. aq tak kisah pon nak kemas. tapi kalau dah tua bangka besar gedabak taknak tolong kemas rumah langsung memang...ishhh..gua bengang dowh..

sian pulak ayah aq bangun malam2 pi basuh pinggan,kemas rumah, basuh baju sumer...
sengal tol anak2 bapak aq ni. pemalas tahap cacing kerawit da. mengong!!!
bengang aq.!! penat la aq asyik balik nak kena wat kerja rumah. kecian la cikit kat aq, aq balik nak rehat..kerja sekolah bahasa arab aq belambak pulak lagi tak siap lagi.

cikgu pulak suruh buat karangan bahasa arab pasal universiti saya. huh,memang aq sangat teror pulak kan nak buat karangan bagai.terbaekk la..

lagi satu yang aq bengang sangat nye......................................
ok,aq da berapa tahun tak pakai pencuci muka,stat dari form3 kot tak silap aq, sebab asal aq pakai je berjerawat. sensitif sangat la kulit aq ni kan. pastu semalam aq stat pakai semula jena citra ke apa ntah, merah kulit aq,macam ruam da..huhu. sedey. aq pakai pon sebab nak cerahkan balik kulit aq yang tak berapa nak cerah ni kan.. disebabkan masa aq pergi rumah orang asli tu kan berpanas selama seminggu. memang burn giler muka aq. berbelang kuda belang da.......tu aq terpaksa try produk2 yang boleh mencerahkan kulit aq ni semula. hasilnya....ha...merah berbintik2 da...baby punya kulit la aq ni.....

huhuhuhuhuhuhuhu....so...pe ag aq nak pakai???simply siti? uhh.....macam untuk kulit orang tua jer~~~

Thursday, 5 May 2011

Peraturan wajibkan wanita pakai skirt bermula 1 Jun

Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

beza sangat ke kedua2 statement tuh?


ok fine..katanya nak menarik minat lebih ramai penonoton..ok ke macam tuh?
sebelum ni dah ada bantahan...pastuh nak jugak teruskan.

tapi tu la..kat malaysia pon,pemain badminton yang golongan wanita pon ada ke yang pakai hijab?persoalan disitu...

macam mana tu??

Tuesday, 3 May 2011

pengalaman asli ku^_^

ok,sekarang la masanya aq nak menceritakan bagaimana keadaan dan keseronokan ku ketika ku menjelajah ke kota kelantan...(gua musang je,kat pos lebir rumah kaum asli...woii, ok what..nak kutuk2 pulak.)

sebenarnya kalau budak baru macam aq ni,bukanlah seronok sangat2 macam orang lain kata nak pergi lagi!!! ok,aq memang nak pergi lagi tapi rasanya bukan kat pos lebir tu dah kot,,nk pergi kat perkampungan lain la..bukan apa,aq pergi disebabkan ajakan kawan baikku. sekali,tak sampai last day pon dia dekat situ,sebab atuk dia pulak sakit. kira macam aq agak terkial2 la cari kawan baru..nasib baik la ada akak sorang tu yang aq baik ngan dia sebab kitorang 1 club untuk club yang lain.so,kira macam yang aq betul2 kenal(tak la betul sangat,boleh la)cuma akak tu sorang jer..memang i don't know anyone yang kat situ.macam tak pernah nampak kewujudan diorang kat uia tu pon ada jugak.(memang aq ngan geng aq je kan dok uia tu)

so,memang serius la aq terkapai2 sangat..sebab yang lain sumer da ader geng diorang sendiri.so,segan la pulak tetiba nak masuk geng diorang.walaubagaimanapun, diorang sumer memang sempoi.tatkala aq keseorangan,ader je yang menemani. berborak bagai nak rak runtuh sumer kotak2 kat belakang tuh(ok,yang tu aq tpu je)..
tapi diorang sangat best,boleh masuk senang je even lain2 kos and most of them bebudak engin and kaed.entah bape kerat je dak kos aq.takde segan2 melampau da kat situ,segan sikit tahap habuk yang berterbangan yang tak nampak tu je yang ada. tapi yang aq sangat sayang nya aq tak bawak la pulak kamera.cis!!! aq ingat abang aq pakai kamera time tu,memang malas la aq nak bawak,kang kena mangamuk pulak. da la henfon aq jenis nokia paling mahal sekali.orang lain sampai tak mampu nak pakai.huhu

da cukup sampai situ...sebenarnya diebabkan 6 hari kitorang berkampung kat sana (aish!! macam jom heboh pulak kata nak berkampung kat kuantan baru2 ni), so,banyak sangat la mende yang aq nak tulis guna komputer zaman alaf 21 ni(novel pulak da......) aq nak ceritakan pengalaman yang paling ringkas dah ni.aq cuba eh....

1st day

kitorang sampai selepas perjalanan selama....entah la bape jam aq malas kira,korang kira sendiri dari pukul 11 malam-8pagi...lama tak????siyes aq rasa taknak balik naik bas da... pening giler wooo..jalan kelantan sangat dahsyat.tak dapat aq bayangkan bebudak kelantan balik tiap2 bulan naik bas?????peh!!!! aq tak sanggup. aq dari kuantan ke KL pon tak larat naik bas da..3 jam je pon. dah rasa menggigil lepas turun dari bas tuh..huh.
ok,pas kitorang sampai kat lua kampung tu..kira jalan yang tak berapa besar la kat lua tu,jalan kampung then bas tinggalkan kitorang kat tepi jalan yang ader kedai makan tak bukak tuh. sebab nak masuk dalam tuh sangat dalam,jadinya bas tak boleh masuk,if nak masuk jugak,degil tak reti bahaso cam kitorang ni.naik lori la kau..haha.. seronok tuh angin dah tak ader sepoi da..memang dah kurang bahasa dah namanya...angin sangat kuat menerjah masuk ke ruang2 kosok dalam lori/truck tu.....beberapa minit kemudian, dalam lebih kurang 10mint jugak la kalau bawak laju and 15 minit kalau bawak kurang laju sikit (bukan slow eh...) boleh la sampai ke tempat yang dituju...

untuk bagi ringkas lagi,kitorang yang perempuan ditempatkan di rumah guru(sebuah rumah yang perlu dicuci segalanya agar dapat tinggal dengan selesa nya selama 6 hari) dan kaum adam pulak dok kat surau jah!! ok what..tak payah kemas tempat tidur dahsyat2 macam kitorang.dan aq merasakan seperti 1 hari itu umpama sudah seminggu kami berada kat kampung tu....so,boleh imagine la kan apa yang menyebabkan aq mengatakan sebegitu....ringkas dan padat kan.oh ye,aq lupa hari 1st ni la kitorang main kejar2 ngan apak2 ngan nak2,punya lah sebab nak ajak diorang gi dewan 4 the opening caremony la kiranya...diorang pemalu rupanya.baru taw~~

2nd-5th day day
permulaan pencarian keluarga angkat tersayang dan yang kuchentai.....ok,nampak sangat aq tak jujur kat situ.bukan ape,tak ke berat je aq nak g umah parents angkat tu kalau kitorang datang je nak tutup pintu bagai,pastuh keluar la....diorang sebenarnya dah taw kitorang datang rumah nak mengajar diorang bab agama ni.penat dok tunggu kat depan rumah,taknak bukak pintu punya pasal.tatkala kalau kitorang bawak bang donation nak je bukak..huishh..sabo je ler~kitorang 4beradik sebenarnya memang xcomplete the task as what had been said by the mission.memang mission incomplete la nak katakan.ape taknya kalau sebuah rumah tu,kitorang masuk,rupanya adeq beradik pak ustaz la..so,kalau nak ajr bab agama memang sangat impossible la.punya la nak jaga hati dorang kan sebab diorang sangat sensitive katanya.so,xpat la nak ajar,kang diorang kata kitorang lagi nak mengajar diorang yang dah pandai.yela..kata adeq beradik ustaz. mungkin diorang masih perlukan lebih pemahaman,tapi nak jaga perasaan diorang kang terasa plak.....so,terpaksa lupakan tujuan kami tu..lagipon kitorang yang junior ni ekot kata senior beradik kitorang tuh...

yang 1 lagi rumah tu plak kadang2 ader apak nya..kadang2 takde..bila ader tu seronok la nak berborak.biler takde tuh,kitorang taaruf sesama adeq beradeq je la....ok what.. daripada tak kenal adeq beradeq langsung..so kira dapat la mengenali sedkit walaupun tak banyak. dah la kat uia macam tak pernah tengok langsung muka masing2.
nak kata terserempak pon tak.mungkin tanak tengok la kot sebab tak kenal...haha.
sebenarnya yang paling aq sedey and tersentuh sangat tatkala kitorang ber5 rasanya ajar seorang nak tu alfatihah..sangat tersentuh biler dia boleh ikit dengan lancar within after solat maghrib n masuk isya'...sekejap kan.kuat ingatan rupanya diorang....seronok rasanya..
selain tu yang seronoknyer.....
*kitorang adeq beradik jalan ber4 sampai muka aq jadi humaira..hehe hitam sebenarnya..yang lain pon sama.
*2 hari terakhir,abang sulong yang baik hati dengan makcik kedai menggunakan suara lunaknya dan gesture yang menggoda(haha,mati aq kena balun ngn beliau.huhu,guraw2). takde r..yang pasti makcik kedai mengizinkan kami pinjam kete kembara beliau..so,tidak perlu berpanas ke rumah parents angkat kerana kami tahu yang beliau bukanla ada kat rumah pon.haha...siap kawan2 yang lain bergayut kat kereta lagi. hadoii,tak boleh bla...seronok3!!
*main cat2
*tolong welfare kemas baju doonation..
*tolong welfare jaga tempat untuk cik kesihatan orang kampung yang tak berapa nak bagi support tuh..takpe2,kali ni je takde sokongan..
*tolong catering cuci pinggan....
*tolong makan..(aishh,tu paling terbaek kerja yang aq pernah buat selama kat situ.asyik makan je,giler 3 kali sehari aq makan,belum campur yang cemil cemilan kat bilik.)
*tolong angkat kotak islamic relief,tapi tak larat angkat satu kotak pon aq terus stop...tak mau angkat da..berat!!

last day...
penat da aq nak bercerita..sebenarnya sangat banyak lagi..tapi aq malas nak taip panjang2.nak concludekan...last day aq pon menangis..sebab yang lain sumer sedey..kira aq pon tumpang sedey la sebab nak balik da....takde la pulak perasaan nak tinggal lebih lama kat situ. kira masa yang diberikan tu kira ok dah la...yang paling aq rasa nak nangis sebab budak pompuan yang paling nakal nangis dulu..peh!!! da la asyik melawan cakap je..aq pon slalu gak naik berang ngan dia..skali dia nanges,,,peh,lembut jugak hati budak tu..huhu.
siyes penat nak taip..aq senaraikan je larw pe yang aq buat last day..

*buat bulatan ngan sume orang..baca doa rabithah rasanya~~hhee...lupa lak..
*pastu salam ramai2
*tu yang stat nanges
*kemas bilik,rumah
*cabut!!!!!...........hehe

ok..tuh jer..yang pastinya aq balik naik bas tuh sepanjang perjalanan ke uia aq tidur je.just turun g masjid and makan je..yang lain aq tak pedulik. yang paling besh 2 kerusi untuk aq seorang sahaja..haha.tu yang lena sangat tuh..
haha..overall..besh..

jom pi kampung lain pulak....
oh ye..sebanarnya tujuan kami datang memang untuk berdakwah dan mengajar kan mereka kembali tentang agama islam yang indah ni..diorang ni bukan ape,takdeorang yang nak sentiasa mengingatkan mereka pasal bab2 islam ni.tu yang diorang tak laksanakan apa2 pekerjaan mengikut islam sangat....

pok leh besh!~!!!~~~~~

pagi hariku~

bangun pagi solat sendiri,
umi ku kejut lambat sekali,
ku rasa sedih sebegini,
kerana lambat solat subuh pagi tadi.

(ok,aq rasa hari hari aq lambat solat subuh sebab mak aq saja nak suh aq bangun sendiri lain kali,tapi tak sedar sedar pon lagi.)

duduk depan tengok tv,
cerita waktu pagi,peh!! bosan sekali,
ku teringat ubi keledek oren yang dibeli,
"umi,ce tolong rebus ubi kayu ni"....

ate,awok idok tahu macamana cara nak rebus ubi kayu nya ha. ate nanti awok tolong tutup api dapur je ler..mekasih umi.sayang umi!!!!

basuh pinggan sapu lantai,
giler faveret pekerjaanku tatkala dirumah,
belum campur skali basuh baju,sidai dan lipat sendiri,
ape hal sumenyer keje aq?memang aq tak dibayar gaji.

giler ayat aq cam tak bersyukur diberi perlindungan tempat tinggal yang cantik menarik, tertarik, boom kekaboww!!!! ok fine,sumer keje memang aq paling suka buat sendiri..... except MEMASAK...tolong la jangan pintaku ku untuk memasak.setakat menyiang segala persiapan masih boleh ku terima.itu saja..

menikmati ubi kayu sambil menonton MHI,
dahsyat la budak medik blaja,
katanya harus tabah tatkala berjuang untuk kos itu,
ape kalau kos aq ni tak perlukan ketabahan ker?

ate, ngape emosi bebenor nye...dah memang nak blaja medik perlukan ketabahan yang extreme.ader ekau blajo sampai terpaksa melupakan hal2 kekeluargaan.ate aq nengok ekau tiap2 minggu asyik nak balik jo..determination apakah itu??haram jadah la kau!!!

may dear lappy,
giler asyik teringat kau,
terus ku meluru ke bilik dan menekat punat 'on'
password please ......(ok,takde pon tulis gitu,aq tambah jer)
apa lagi,download maharaja lawak la..giler lawak dowh..

actually,aq download 3 group jer.sepah,jozan dan nabil....yang lain aq tak suka...aq pedulik apa bias ke apa ke..dah aq memang suka 3 group ni je.suka hati aq la~~

tiap hari makan nasi putih lauk telur kecut,
nak makan satay pon seminggu sekali jer,
lain kali aq rasa nak tulis macamni kena bangun pagi la kut,
kalau pukul 11 baru nak bangun,buka blog orang lain la yer~~


ok,aq memang bangun pukul 11 ke atas sebenarnya...kata cuti.. kat sana mana dapat nak bangun kol 11 lebih hari2.ko nak kena barred dari exam ke hape. pegi kelas tu ha...satgi kena sebat kang....


bila cik aishah dah kurang gula....^_^

beberepa perkara ingin ku katakan :-

*mata dah agak2 nak terpejam tapi nasib baik tak pejam lagi,kalau tak entry ni tak adalah nak ku taip.

*memang aq tak ada apa2 nak taip selain daripada merepekkan diri di pagi hening yang suram ni.memang sangat suram sebab masih awal lagi,ape tak nya sekarang baru pukul 1.21 mengikut jam my dear lappy...semua orang masih baru menyenyakkan diri. apa betul ke penggunaan bahasa melayu aq tuh? macam tak pernah dengar la pulak. ok,tak pe..aq sendiri je tahu kesalahannya..

*ni kenapa pulak adik aq si kecik yang dah tak berapa nak kecik da sebab lagi beberapa inch lagi nak sama taraf dengan "ketinggian" aq ni tiba2 je masuk bilik abang aq and tidak semena2 menyinggah disebelahku? mesti tiba2 mengigau then tengok aq takde kat sebelah.. takut la tuh? ok,macam aq tak takut la plak kan.~~aq mengaku!!! aq memang ____

*ha! si adeq aq lagi seketol ni pulak,dok menunggu turn nak amik my lappy la tuh....da lah tadi taknak bawak aq keluar jalan2,dok sibuk sangat dengan kawan dia yang tersayang tuh. macam la kawan dia bagi dia makan.satgi balik rumah cari makanan kat umah jugak, tengok dapur jugak,bukak tudung saji jugak. pe jadahnya seronok sangat keluar ngan kawan ko.kesian sikit la kat aq ni ha,semua kengkawan aq tak habis exam ag. aq ni ha da lama cuti sampai da nak balik campus semula dah pon.cubalah pentingkan haku ni. sok ko nak kua lagi ngan kawan tersayang tuh. DA TUH BILERNYER NAK KELUAR NGAN AQ!!!!!!!!!!!??????????????????

*satgi nak pergi tengok bola la tuh kat rumah kawan kesayangan. benci mak!!
mak rasa tak diperlukan.(ape aq sentap sangat ni?? poyo lebih dowh!!)

*last kali mesti perkara paling penting dan wajib aq masih lagi tak tuntuti..... sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
(peh!!! aq sebenarnya takkut biler baca perkataan tu kat mana2 surau atau masjid yang aq jumpa sebab mesti disekalikan dengan picture yang ala2 gula2 putih bungkus tuh) siyes aq seram biler ingat.ok,da aq expose kan ketakutan aq kat mende2 macam tuh. jangan la sape2 aniaya aq.giler scary!!!!~~ insya' tak sembahyang lagi tu..kalau kat rumah memang macam ni. lambat je nak sembahyang. ace tengok aq kat hostel,macam aq orang terawal yang amik air sembahyang,tak pun tunggu je pas maghrib tu nak sembahyang insya'. aq ngah bangga ke ni??? musykil plak. takpon kan~~~~~

*oh ye..baru ku teringat yang aq sibik sangat cari apa yang best kan bangkok. kot2 la nak suh ada orang tuh belikan ole2 banyak2 tuk aq. memang aq teringin nak pergi,tapi tak berkesempatan.kirim pon jadi la..dok sibuk da aq cari apa yang ada kat bangkok. cari punya cari jumpa la apa yang faymes kat sanga. CHATUCHAK MARKET.......
peh!! nampak macam best dowh,dah la katanya barang murah. pe lagi. borong jangan tak borong.(aq plak yang over) aq nak beg,baju,n barang2 vintage kalau ada..smart dowh..
yang nak kena bagi duit lagi leceh. bukankah aq tengah pokai sekarang ni?buat2 lupa da~~~pandai2 la dia membayarkan je apa yang kuingini.

* sudah la...aq tak mau merepek lagi di pagi buta ni. mari la bersama2 mengerjakan solat bagi sesiapa yang masih lagi menangguhkan perkara wajib ni.
pe lagi!!! jom r!!!!

da~~~~

Sunday, 1 May 2011

-s A K i T-

apa perasaan bila semua sendi2 kat dalam badan kita sakit??
merana tak?
kalau orang yang sudah berumur pulak rasa macamna kalau kita yang muda ni pon dah tak boleh tahan?

kenapa la ada perasaan tidak berperikemanusiaan sangat dalam diri manusia ni ek?
kenapa perlu ada perasaan cemburu yang teramat sangat?
kenapa ada perasaan nak menjatuhkan orang lain?
kenapa nak sangat gunakan kekerasan disebabkan perasaan jeles yang teramat sangat tu?
kenapa ada iblis laknatul Allah yang membantu seseorang manusia tu menyesatkan umat lain??
KENAPA KENAPA KENAPA??????????????????????????????????????????????????

tolonglah hentikan!!!
kita sesama manusia tak perlulah nak jeles ataupun mendengki atas kesenangan orang lain. cubalah ambil itu sebagai ujian ataupun fikirkan hikmah disebaliknya.
mungkin DIA nak kita memperbaiki diri dan menambahkan lagi ilmu agama dalam diri.
apa salahnya apabila kita melihat kelebihan yang Allah berikan kepada seseorang itu dan kita juga perlu ada keinginan untuk memiliki fadilat sebegitu... tetapi harus diingat...
bukannya dengan menggunakan cara halus itu dengan mudahnya akan mendapat barakah dan fadilat seterusnya menyenangkan diri kita di muka bumi Allah ni.

cari la dengan cara yang betul dan diberkati Allah..
bukannya dengan cara yang menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.
fikir-fikirkanlah akibat dan pembalasan yang Allah sudah sediakan kepada orang2 yang mengingkari perintah Allah dan melakukan larangannya. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun jika kamu bertaubat sebelum datangnya hari pengakhiran hidup ini.

tolonglah hentikan perbuatan yang tidak betul itu..
tolonglah jangan suka melihat orang lain menderita di atas sikap tidak bertanggungjawab kita kapada sesama manusia ni.
menderita sangat anak2 beliau melihatkan keadaan sebegitu..sedih tak terhingga.
kasihanilah umat Allah itu. kita semua sama sahaja. tiada yang lebih dan kurang.

memang kalau Allah tidak menghukum di dunia ini. tapi, ingatlah diakhirat kelak pembalasan yang pedih..
di dunia ini pon tiada kurangnya..akan ada juga pembalasan yang menanti...
ingatlah wahai semua umat manusia.
janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain.
ingatlah penderitaan yang mungkin akan dibalas semula oleh Yang Maha Esa.....

=(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...