Friday, 1 October 2010

bersendirian

sebenarnya aku baru sangat balik dari menghappy kan diri,bergumbira tanpa mengingati bahawa dunia ini hampir sahaja mengakhiri zaman nya. terus je sampai di level 4 terlihat pintu bilikku sudah terbuka,melihat akan dua senior bilik ku sedang bersiap untuk menuju ke suatu tempat yang dipenuhi dengan barang barang jualan dan hadiah hadiah untuk diberikan kepada sesiapa yang mempunyai kawan atau kakak atau abang yang telah menamatkan zaman pembelajaran nya di sini


.CONVEST

..ya...itulah tempat yang mereka tujui sambil meninggalkan aku bersendirian di dalam bilik E4-7 ini. aku sebenarnya mempunyai perasaan takut untuk bersendirian di dalam kamar ku ini.ingin sahaja aku pinta kawan bilikku "asma" untuk terus pulang ke bilik. tapi dia juga berada di sana menunggu termeterainya opening caremony convest ini. ingin sahaja ku pergi ke sana juga.tapi aku baru saja pulang untuk menghadap-Mu Ya Allah...ingin berada di tikar sejadah yang sememangnya amat serasi dengan wanita Islam seperti ku ini.


akan tetapi, hajat ku ingin ke tandas dan mengambil air sembahyang pun tidak tertunai lagi. entah kenapa sejak akhir akhir ini perasaan takut ku ini semakin menggila menerjah ke dalam ruang ruang kosong diriku. aku tidak pasti sebenarnya apa perasaan ku sekarang ini. nak kata bahawa aku seronok mengenjoykan diri aku tidak juga.entahla..


aku rasa seperti ada yang tak kena dengan dan tak betul semasa kami keluar tadi. aku tidak ingin membuka pekung di dadaku sendiri...


yang pasti aku rasa,aku perlu mencari seseorang untuk memenuhi fitrah seorang perempuan seperti aku..tapi bagiku,tidak perlu walaupun di benakku ingin sekali memiliki seseorang.
tapi yang aku amat dan tersangat pasti aku sangat memrlukan Mu Ya Allah...bantulah aku untuk menceriakan diri aku ini.biarlah orang lain nak meminggirkan aku sendirian. yang pasti Engkau perlu dan masih ada di sisiku..


di dalam suka duka ku seharian.sentiasa aku teringatkan Mu. aku ingin sekali di bibirku ini tidak lekang dari memuji kekuasanMu dan kebesaranMu.di mana mana sahaja aku lihat akan keindahan alam, kewujudan manusia yang Engkau telah ciptakan seindah indahnya.


tapi hatiku ini masih lagi terasa dengan beliau.mengapa aku???apa salah ku. apa yang menyebabakan kau tidak berada bersamaku tika aku bersendirian.kejutan budaya kah dikau?
sentiasa soalan soalan sebegitu menerjah ke dalam rongga rongga otakku dan mindaku yang sedang berhabuk kerana sudah lama tidak di sucikan.


tapi aku tetap tidak kisah,mengapa,kenapa,bagaimana...soalan itu semua memang tidak akan terjawab selama lamanya...biarlah diri ku ini menyimpan segala soalan itu dan jawapannya biarlah berada di benak beliau sahaja.tidak ingin langsung aku menanyakan kepada beliau.


hidup aku sekarang sudah cukup bahagia bila Engkau sentiasa berada bersamaku di mana sahaja.mengintaiku dan sentiasa melihat keadaan diriku ini.terima kasih dan alhamdulillah sangat aku ucapkankerana telah menciptakan aku dengan ciptaan yang sebaik baiknya.


sehingga sekarang jiwaku masih runsing dengan keadaan diriku di sini.sudah duan minggu sejak ibuku menghantar aku. tetapi kerinduan aku terhadapnya masih lagi jelas. tidak sanggup rasanyer untuk berada lama di sini sedangkan hari mingguku yang terbuang dengan perkara perkara yang kadang kadang berfaedah dan kadang kadang tidak.

minggu hadapan rasa nyer aku ingin menidak hadirkan diriku ini ke kelas lagi. aku tahu kelas itu sangat memberi impak yang besar kepada diriku tetapi aku perlu berada di rumah. hati aku tak tenteram apabila sebulan aku meninggalkan rumah.aku rindukan keluargaku.
umiku terutama sekali.(mengalirnya air mataku tanpa ku sedari)


walaupun hampir hari2 aku menggunakan teknologi canggih yang sudah direka oleh Alexender Graham Bell itu dan telah dimodenkan oleh seseorang yang sangat expert dalam penciptaan untuk menghubungkan kami yang jauh ini,tetapi itu tidak cukup rasa nya untukku. salah 1 pahala yang kita akan dapat adalah apabila kita melihat ibu bapa kita sendiri. aku sangat sayangkan mereka sehinggakan aku rasa aku yang patut pergi dahulu sebelum mereka.
tidak sanggup langsung untuk mengahadapi hari2 itu..


walaupun aku seorang yang kasar,ganaz sikit,tapi hatiku sebenarnya mudah tersentuh.
aku masih lagi tidak dapat menghilangkan perasaan yang Allah sudah anugerahkan dalam diriku ini for not being homesick.aku tak macam orang lain yang nak balik rumah sematamata rindukan rumah.tapi aku rindukan ibu bapaku.sejak dari bangku sekolah lagi aku tidak dapat hilangkan tangisanku apabila berhubung dengan ibuku melaui telefon.


tak boleh nak sambung....
air mata da mencurah2...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...