Friday, 22 October 2010

buudak malas

dalam kelas : TAK focus

dalam bilik : TAK focus

depan laptop : TAK pernah TAK fokus

penulisan yang tak gaya penulisan ni ditulis disebabkan tak fokus masa tengah study!!!!
sila bagi tunjuk ajar~~~
saya perlu fokus!!!!!
jangan kacau hidop saya!!

. . . . . . . . . . . . . . . .

susah sangat ke ucapan terima kasih 2 nak keluar dari mulut?
ok la,kalau panjang sangat,
aq allow guna dalam b.i.....
THANX......
lagi ringkas and makna dia sangat mendalam
bagi orang yang da bagi bantuan @ pertolngan,
even menda 2 kecik @ sebesar zarah sekalipun.
bukan ape....
sedangkan dosa sebesar zarah @ kuman yang kena tengok pakai microscope 2 pon
Allah kira jugak....
inikan ayat yang mudah sangat nak cakap.
jadi...
sila ucapkan TERIMA KASIH @ THANX
kepada orang yang da lend his@her hand to u okeyzzzzz

Monday, 18 October 2010

pick ca. . . .




Add Image

BBQ block E

susahnya nak dapat buat BBQ selalu,
yela,kalau selalu kang buhsan pulak

baru sekarang sempat nak post,
on that day nak pos memang tak sempat,
pastu lupa pulak da,

akhirnya sempat jugak aku post.

k la,
malas nak mengarut...
ni je gambar yang aku dapat amik,
and sebenarnya gambar ni je yang sopan,
yang lain HARAM di lihat.....

wireless uia macam haram.....
gua post gambar lain kali jek
p marah uia,jangan marah gua..~~~

baru balik

hari ni lepas sampai bilik,
aq rasa penat sangat,


hari ni aku derma darah lagi.
mungkin sebab tu aku penat kot.

aku suka nak bagi bantuan ni,
mesti ader orang yang perlukan darah kan.
"amiklah darah saya ni,selagi saya boleh bantu"
"nanti kalau saya perlukan tolongla sedekah cket ye"


tapi siapa yang merempit tu nakkan darah,
baik pegi sedut balik darah yang besepah dan berterabur kat tepi jalan tu.
huhu!!!!
i hate mat rempit!!!!!
but people keep saying
"i like mat rempit"(dengan nada dan intonasi yang dalam movie tu)


aku bukan tak nak kasi,
salah siapa kat sini ha....
jangan salahkan mak bapak korang yang dah jaga korang bertahun-tahun tu.

Saturday, 16 October 2010

m a r a h

bengangnya....

kenapa ramai sangat student kat uia ni?

pre reg aq?

hmmm...tak taw nak cakap macam mana.

kenapa orang lain boleh add banyak

sedangkan aq.......

dah datang awal kat mahailallah opis 2..

then,nak add pon tak dapat...

section closed?
no available section?
error?

ahhhh...geramnya..

melampau sangat..

tak boleh bla bila baru 5 minit bukak access 2..

da closed...

all section yang nak.....

arghhhhh..geram gila kowt...

1 je subjek dapat add?

ho la....yang lain semua reserved...

hopefully lecturer yang kitorang reserved 2 nak la amik kitorang.

huhuhuhuhuhu....sedih giler...

da la yang dapat add 2 pon BM JE~~~~

sakit nya hati...1 credit hour pulak 2

habisla nak kena wat manual lagi 5 subjek 2...

dahsat tol student uia ni.

yang geramnya kitorang datang dulu kat opis 2,

da plak orang yang datang lambat dapat add subjek yang macam kitorang nak.

curi line betol la

nasib baik kelas tak sama yang kitorang buat 2 dengan diorang.

huh!!!!

BERAPI JE......

salahke pompuan xtaw memasak?

kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


article kat fb.original fromsape punyer ntah

Thursday, 14 October 2010

berjiwa kental

biar mata tertutup,

biar bulu mata berkurang,

biar kuku panjang,

biar tangan terketar,

biar jari menggelembung,

biar buku lonyai,

biar A4 paper habis,

biar baju tak berbasuh,

biar makan tak kenyang,

biar mandi tak basah,

apa nak jadi,

jadilah!!!!!

asalkan result aku

tak hancus ditelan

oleh lecturer




berjiwa kental

spoil suda~

buku oh buku

kenapa kena baca buku ek?
sebab nak tambah ilmu,
lg..
sebab nak lulus dalam exam,
lg..
sebab lecturer suruh larw.
kenapa lecturer suruh ek?
sebab dia tak provide note.
kenapa dia tak provide note?
sebab..
ishhh...
dia suh baca tu,
baca je larw,
lagi banyak tanya,
nak excellent ke tak nak?
mestila nak..
emmm..
tapi kenapa banyak sangat?
kenapa?
kenapa?
kenapa?
kaunter pertanyaan,
sila bawakan stapler paling besar ataupun gam atok gajah
kalau boleh nenek and moyang gam gajah jugak.
ader budak ni tak berapa nak paham
BAHASA
memang...
bahasa melayu dia punyer paper
hancus,
lebur,
habisla..
apa nak jadi?
jadi student UIA la..



Wednesday, 6 October 2010

suatu keperluan ker?

kengkadang aku tak faham kenapa perlu couple,sedangkan couple itu haram kerana ia akan membawa kepada penzinaan. walaupun kalau nak dating, pegi tengah orang ramai, public place, tapi masih lagi mende ni macam allowed. and kenapa bebudak lepasan tahfiz did that too??
pelik kan, walaupun mende tu dah common sekarang tapi aku rasa diorang kena fikir sendiri la. apa kebaikan n keburukan mende alah tu.


aku bukannya alim sangat nak kata mende ni n mende tu tak baik, mungkin ader orang akan fikir disebabkan aku tak couple so,senang la cakap macam tu. memang aku bukan pakai tudung labuh, pakai stokin, pakai arm guard and everything yang sangat serasi ngan bebudak yang alim. tapi aku still jugak nak cakap mende ni HARAM!!!!!!


mungkin la..ader nak couple sangat kan...tapi tak perlu kot nak jumpa tiap tiap hari then, jalan ke hulur hilir bersama dengan pasangan yang bukan ajnabi. ramai jer member2 aku yang macam tu, aku tak salah kan diorang, sebab kita member2 ni susah la kalau nak cakap kan. lagipon aku tak nak dicop atau dilabel SENGAL@POYO@NTAH PAPE.


nak tegur?????
jauh sekali........sebab ape???sebab...............
aku takut aku pun akan jadi macam tu.....
mintak jauh lah..............

tak nak....nak bercinta@couple after kahwin.............
masyuk.....tak pe la tak kenal.
semua jodoh ketentuan DIA....
kalau tertulis kita akan bahagia...maka bahagialah kita...
kalau tidak..anggap la semua tu ujian....
mungkin bukan jodoh...



jadi mulai sekarang berdoalah supaya jodoh kita dekat dengan kita...
kalau kawin pon kekal.....
walaupun tak kenal...
asalkan semua nya berlandaskan syariat islam.....


aku tak nak cakap macam orang alim...xsesuai langsung.....


ader jugak orang cakap pasal nikah gantung...\tapi sumer tu sebenarnya fahaman yang salah


Nikah Gantung Atau Kahwin Gantung Ini Merupakan Adat Melayu.Mengikut Adat Orang Melayu Apabila Mereka Berkahwin,Mereka Cuma Akad Dan Walimahnya Maybe Dalam Beberapa Tahun Yang Akan Datang Dan Dalam Tempoh Tersebut Mereka Tidak Boleh Melakukan Hubungan Suami Isteri Kerana Ditakuti Akan Menghilangkan Seri Pengantin Atau Daitakuti Mengandung Semasa Diatas Pelamin.

Adat Ini Bertentangan Dengan Islam Kerana Apabila Seseorang Itu Sudah bernikah,Wajib Bagi Isterinya Memenuhi Keinginan Suaminya Untuk Melakukan Hubungan Badan.

Sabda Junjungan Besar saw

"Jika Si Isteri Dipanggil Oleh Suaminya Kerana Perlu,Maka Supaya Segera Datang,Walaupun Dia Sedang Masak"
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi,Hadis Hasan)

Dr Yusuf Al-Qardhawi Mengatakan:-

Dianjurkan Oleh Nabi saw suapaya si Isteri Jangan Sampai Menolak Kehendak Suaminya Tanpa Alasan yang Dapat Menimbulkan Kemarahan Atau Menyebabkan Menyimpang Ke Jalan Yang Tidak Baik.Atau Membuatnya Gelisah Dan Tegang.

Rasulullah saw Bersabda Lagi:-

"Jika Suami Mengajak Tidur Si Isteri Lalu Dia Menolak,Kemudian Suaminya Marah Kepadanya,Maka Malaikat Akan Melaknat Dia Sampai Pagi"
(Muttafaqun Alaih)

Apakah Relevennya Berkahwin Jika Tujuan Mencari Yang Halal Dari Perkahwinan Itu Tidak Dapat Dilestarikan.Biarlah Duduk Berjauhan Sekalipun Tetapi Jika Bertemu Makanya Sepatutnya Bolehlah Bersama.Tetapi Oleh Kerana Adat Masih Lagi Membelengu Kita???Adat Yang Baik Tidak Salah Tetapi Yang Salah Ialah Apabila Adat Itu Bertentang Dengan Syariat...

Wallahu a'lam
dipetik dari iluvislam


entah la...aku tak nak cakap banyak walaupun aku tahu aku da terlebih banyak taip sebenarnya ye.


walaupun aku selalu juga kalau ikut hukum,ader bersubahat sekali..tapi.....
entah la tak taw nak cakap macamne lagi.semua tu boleh dielakkan kalau diri sendiri ader perasaan takut dengan balasan Allah....

mintak jauh la sangat2....

LEBIH BAIK BERKAWAN DARI BERCOUPLE WALAU SAYANG MACAMANE PON. pendapat aku la..
sebab aku pun ader jugak orang admire BUT WE BETTER BE FRIEND UNTIL THE TIME COMES.....

insyaAllah ader jodoh CONFIRM Allah settle kan..

Friday, 1 October 2010

bersendirian

sebenarnya aku baru sangat balik dari menghappy kan diri,bergumbira tanpa mengingati bahawa dunia ini hampir sahaja mengakhiri zaman nya. terus je sampai di level 4 terlihat pintu bilikku sudah terbuka,melihat akan dua senior bilik ku sedang bersiap untuk menuju ke suatu tempat yang dipenuhi dengan barang barang jualan dan hadiah hadiah untuk diberikan kepada sesiapa yang mempunyai kawan atau kakak atau abang yang telah menamatkan zaman pembelajaran nya di sini


.CONVEST

..ya...itulah tempat yang mereka tujui sambil meninggalkan aku bersendirian di dalam bilik E4-7 ini. aku sebenarnya mempunyai perasaan takut untuk bersendirian di dalam kamar ku ini.ingin sahaja aku pinta kawan bilikku "asma" untuk terus pulang ke bilik. tapi dia juga berada di sana menunggu termeterainya opening caremony convest ini. ingin sahaja ku pergi ke sana juga.tapi aku baru saja pulang untuk menghadap-Mu Ya Allah...ingin berada di tikar sejadah yang sememangnya amat serasi dengan wanita Islam seperti ku ini.


akan tetapi, hajat ku ingin ke tandas dan mengambil air sembahyang pun tidak tertunai lagi. entah kenapa sejak akhir akhir ini perasaan takut ku ini semakin menggila menerjah ke dalam ruang ruang kosong diriku. aku tidak pasti sebenarnya apa perasaan ku sekarang ini. nak kata bahawa aku seronok mengenjoykan diri aku tidak juga.entahla..


aku rasa seperti ada yang tak kena dengan dan tak betul semasa kami keluar tadi. aku tidak ingin membuka pekung di dadaku sendiri...


yang pasti aku rasa,aku perlu mencari seseorang untuk memenuhi fitrah seorang perempuan seperti aku..tapi bagiku,tidak perlu walaupun di benakku ingin sekali memiliki seseorang.
tapi yang aku amat dan tersangat pasti aku sangat memrlukan Mu Ya Allah...bantulah aku untuk menceriakan diri aku ini.biarlah orang lain nak meminggirkan aku sendirian. yang pasti Engkau perlu dan masih ada di sisiku..


di dalam suka duka ku seharian.sentiasa aku teringatkan Mu. aku ingin sekali di bibirku ini tidak lekang dari memuji kekuasanMu dan kebesaranMu.di mana mana sahaja aku lihat akan keindahan alam, kewujudan manusia yang Engkau telah ciptakan seindah indahnya.


tapi hatiku ini masih lagi terasa dengan beliau.mengapa aku???apa salah ku. apa yang menyebabakan kau tidak berada bersamaku tika aku bersendirian.kejutan budaya kah dikau?
sentiasa soalan soalan sebegitu menerjah ke dalam rongga rongga otakku dan mindaku yang sedang berhabuk kerana sudah lama tidak di sucikan.


tapi aku tetap tidak kisah,mengapa,kenapa,bagaimana...soalan itu semua memang tidak akan terjawab selama lamanya...biarlah diri ku ini menyimpan segala soalan itu dan jawapannya biarlah berada di benak beliau sahaja.tidak ingin langsung aku menanyakan kepada beliau.


hidup aku sekarang sudah cukup bahagia bila Engkau sentiasa berada bersamaku di mana sahaja.mengintaiku dan sentiasa melihat keadaan diriku ini.terima kasih dan alhamdulillah sangat aku ucapkankerana telah menciptakan aku dengan ciptaan yang sebaik baiknya.


sehingga sekarang jiwaku masih runsing dengan keadaan diriku di sini.sudah duan minggu sejak ibuku menghantar aku. tetapi kerinduan aku terhadapnya masih lagi jelas. tidak sanggup rasanyer untuk berada lama di sini sedangkan hari mingguku yang terbuang dengan perkara perkara yang kadang kadang berfaedah dan kadang kadang tidak.

minggu hadapan rasa nyer aku ingin menidak hadirkan diriku ini ke kelas lagi. aku tahu kelas itu sangat memberi impak yang besar kepada diriku tetapi aku perlu berada di rumah. hati aku tak tenteram apabila sebulan aku meninggalkan rumah.aku rindukan keluargaku.
umiku terutama sekali.(mengalirnya air mataku tanpa ku sedari)


walaupun hampir hari2 aku menggunakan teknologi canggih yang sudah direka oleh Alexender Graham Bell itu dan telah dimodenkan oleh seseorang yang sangat expert dalam penciptaan untuk menghubungkan kami yang jauh ini,tetapi itu tidak cukup rasa nya untukku. salah 1 pahala yang kita akan dapat adalah apabila kita melihat ibu bapa kita sendiri. aku sangat sayangkan mereka sehinggakan aku rasa aku yang patut pergi dahulu sebelum mereka.
tidak sanggup langsung untuk mengahadapi hari2 itu..


walaupun aku seorang yang kasar,ganaz sikit,tapi hatiku sebenarnya mudah tersentuh.
aku masih lagi tidak dapat menghilangkan perasaan yang Allah sudah anugerahkan dalam diriku ini for not being homesick.aku tak macam orang lain yang nak balik rumah sematamata rindukan rumah.tapi aku rindukan ibu bapaku.sejak dari bangku sekolah lagi aku tidak dapat hilangkan tangisanku apabila berhubung dengan ibuku melaui telefon.


tak boleh nak sambung....
air mata da mencurah2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...