Saturday, 31 July 2010

adeq2 ku syg~~~geli jek







farah~~~~~walaupon aq selalu marah dyer...tp sebab dyer jugak la aq
boleh tidur ngan nyenyaknyer...
sebab aq penakot tidor sowg2..huhu





dyer yang nak amik gambo ngan aq eh...aq on jer..
GEDIX=)

adik yang xpenah TIDAK sengal










pic aq ngan farah xbanyak...haha..
aq memang jahat!!!!
tp ade jer yang dahsat2 la...
xboleh tengok...
naughty....naughty....hua3
i'm alwayz GEDIX

Thursday, 29 July 2010

perlukah aq untuk pulang lagi?


ape perasaan anda bila berjauhan bersama family buat kali pertama,kedua,ketiga,keempat?...bilang sendiri ye,xlarat nak taip~.
bila saya tanya persoalan itu ke atas diri saya sendiri..

jawapan yang isi hati kali saya akan berikan adalah..saya sangat sedih,saya sudah pon post perasaan saya semasa kali pertama saya berpijak di bumi UIAM ni.. klaka rasa nyer bila teringat kembali.
sekarang saya xnak membicarakan da persoalan itu,tapi ingin menyatakan keseronokan berada di sini..

hmm...semua orang sangka seronok kan berada jauh dari ibu bapa sebab tidak ader orang yang akan menghadkan ape yang kita lakukan.seperti juga saya di mana kehidupan saya di sini sangat berbeza,sama seperti saya di nilai dulu. tapi sekarang bila da ader kat sini,luas sangat permandangan.bak kata kawan saya,da macam ader kat luar negara la.

memang kat nilai dulu ader foreigner jugak,tapi kat sini lebih ramai.
da macam nak dekat sama da ngan kuantiti orang malayu sini...betol ker?
nape la percaya ape aq tulis..xsemestinyer betol pon. sebab memang salah sebenarnyer.xkn la jumlah diorang dapat menandingi jumlah rakyat 1 malaysia kat sini.
xkan la..tapi mungkin 1 hari ia akan juga tak terjadi.haha.
aq seronok berada di sini yang pastinyer.

together with all my BFF.love them so much!!!

xd point pon aper yang aq nak tulis arini.
tapi jangan tak perasan hari ni skema sikit typing..hua3

p e a c e ^-^

Friday, 23 July 2010

hikmah

sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan tu mesti ada hikmah...
ape yang aq sangat bersabar kat sini bila nak wat biasiswa yayasan bank rakyat ni ha..
Ya Allah,hanya Kau je yang taw da berapa kali aq bukak then tutup smula,then wat balik, tutup smula...sumenyer sebab ader je yang tak lengkap.
xtaw mende ni la,mende 2 la..ni aq tak send lagi pon.dye kata CGPA aq tak cukup.
padahal requirement CGPA aq da cukup je.
mula2 tu je aq salah tekan 2..then aq da tukar jadi 3.pas2 bler aq nak wat lagi skali dye xkeluar pon untuk aq tulis result a..q...adoyai...!!!
da la dr ko 9 tadi aq terpacak kat depan laptop ni jaz nak wat mende ni..
sabo je la..kot memang aq xdapat ker.
tapi aq da banyak kali kol bapak aq tanya mende ni,tu..pape ntah..
cian r bapak aq.
bank rakyat kan banyak duit da skunk.tengok paper,da berapa rofits dyorang dapat.
lebih dari tahun lepas.
tu maknyer dye kena sumbangkan cket kat bebudak yang nak belajar cam aq ni ha.
cian la..belajar nak kata oandai boleh la..tapi nk dapat 4 flat 2 xtw r plak bler rezeki Allah nak bagi,dye da blacklist ke nama aq sebab aq tersalah letak pointer aq. aduss....aq da watbalik banyak kali kot.\
tak kuar jugak box yang nak suh aq tulis CGPA aq..
bosan la..nak mandi la...sok lusa je la try balik.hmmm.....
ayat penuh dengan keredaan ni..

Wednesday, 21 July 2010

ader ker patOT???





aduhhhh,geramnyer rini,tapi seronok jugak sebenarnyer..haha
taw xsebab aper....hehe,ni nk citer ler ni.tadi kan gler jaoh perjalanan...
padahal tempat yang ktorang nak pegi bukan jaoh sangat pon,belakang ni jer,semangat gler jalan,ciap naik bas lagi yang tak boleh tahan tu.sumer memang gelak gler r,sampai pak cik bas pon gelakkan ktorang.seb bek dye tak taw yang ktorang ni sesat.haha,wat lawak tol la..nak sangat BERKAYAK kan,memang sampai sluar pon boleh terkoyak r..haha..cian kawan aq sorang tu,terkoyak lak suar dyer..

sebenarnyer aq nak citer masa perjalanan ktorang ke tempat kayak tu,
kata orang jaoh perjalanan luas pemandangan,ha....da memang luas sangat la pemandangannyer,sampai sumer orang pandang ktorang,ntah mana nak pegi ke mahallah male 2..adoi!! wat tebal muka je ler~jalan tak tentu hala,mana ntah haluan ktowang masa 2.


pas 2run je bawah block mesti r tunggu sumer member n kumpul jap kn,kang nanges lak x2ggu,member kan..sorang2 turun..da plak 2 eymma pakai kasut nak pegi kayak..
cian dyer,aq kot suh..aq memang da intention nak pegi berkayak,tapi kalau tak pat kayak memang nak pegi jogging jer,tp malas aq pon paki je la,siper yang import from japan 2..:) ok per,orang len dapat manfaat jogging ngan kasut eymma 2..
pas2,da kumpul kat bawah,ader r srang member 2 kata nak kena naik bas coz tempat kayak 2 kat mahallah lelaki(mahallah salehuddin@sally)hua3,bak kata member kepada member aq.haha,of course la jaoh..kena naik basi .skali nak pegi 2ggu kt tempat naik bas 2,da datang pulak bas nyer.adoi!! pe lagi menjerit suh bas 2 tunggu ktorang..haha,lawak2..berlari da memang sengal da..aq pulak nampak bas 2 cam kosong. ngan sempoinyer aq lari gler...skali da naik bas ramai pulak dalam 2,pehhh malu gler..sumer cam gelakkan ktorang.seb bek sumer sister...pak cik bas 2 pon ketawa nyer taktertinggal kat ktorang ni ha..da r naik2 bas sumer bising gler...dahsat2!!

da sampai kat bus stop bawah mahallah nusaibah 2,ader plak binatang haram menghirup udara yang tak berapa segar di petang hari 2..adoi,menggelepar aq takot kena kejar...yang member aq ni dok suh rilek jangan lari takut binatang tu kejar..hua3.
aq bukan aper..TRAUMA ngan binatang haram 2.
da 2 kali kena keja masa form5 ri2.masa on the way balik hostel malam tuh pas g mega.gler!!da r time exam..tapi esoknyer xd paper..SPM tuh!!hua3..baiknyer kitorang..
lagi skali masa 2ggu abah aq kat bukit sekilau,skali lagi binatang haram 2 terjah aq plak da..hmm...senguh je la aq..huhu

berbalik smula kisah anjing kat uia ni ha..tapi da habez da takat situ jer. encik anjing tu tak kejar pon kitorang.saja la 2 nak takutkan kitorang,bagitaw la nk jalan2 kat uia ni..wat ketaq aq jer..pe da....
pas2 ktorang pon bergerak la ke salehuddin al ayubi..nak pi cari tempat kayak 2,
last2 kol member kitorang tak angkat pulak..(saper2 yang ader henfon tapi tak angkat kalau orang kol,sila campakkan henfon anda ke LOMBONG eh)..geramnyer.menyakitkan ati.
kol2 orang len yang takde kena mengena ngan kitorang kata,tempat BERKAYAK 2 kat mahallah pompuan.which is at the back of my mahallah...don't u think it was@$%#^&^I^&%%^$#$%#$#$.arghhhh....sakit sangat pancrease,hati,jantung..huh!!pe lagi nak berkayak punyer pasal, ktorang pon berpatah balik la ke mahallah kitorang dengan berjalan kaki SAHAJA..bas xd nk g mahallah da..hmmm...masa 2 da kol 6.40p.m..
sangat2 da petang..da sampai 2 memang mengamak r kat dak laki tak bagitaw ktorang where the exactly the place!!!xley pakai tOL!.ktorang pon tanpa mengira jam da menunjukkan da nak kol 7,ngan sempoinyer berkayak r...haha
akhirnyer tercapapi jugak impian ktorang sumer nak berkayak..pe lagi,take turan la nak berkayak 2.seronok tak terkata..haha,sampai pening la aq berkayak..huhu.
ni pon ngah pening lagi ni.letih sangat.tak study pon malam ni..ngantuk sesangat!!!!.
nak tido la da..da kol 12 kira da boley tdo r..haha..hari yang seronok, dapat pecahkan lemak aq ni ha...hahahahahahahahhahahahhaha~~~~~~~~~~~

Saturday, 17 July 2010

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?



Kata orang barat "What's the fuss all about?"

Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.

Permasalahan mengikut usia.

Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.


Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!

ermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) atau facebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...

Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.

"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.


Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!

Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.


JATUH CINTA atau JATUH NAFSU?

Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?

Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.


Berhenti dan Periksa diri Anda.

Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.

~

Kelebihan dan Keistimewaan Syaaban
www.iLuvislam.com
Oleh: Muhammad Rashidi bin Haji Wahab*
Editor: buluh


PENGENALAN

Beberapa hari yang lalu saya dihubungi melalui Yahoo Messenger oleh seorang saudari kita dari Jakarta. Tujuannya adalah untuk meminta tolong saya untuk memberikan beberapa artikel mengenai bulan Syaaban ini untuk dimasukkan ke dalam majalah di sana. Namun oleh kerana beberapa artikel yang terdapat di dalam internet membincangkan secara ‘kritikan dengan kritikan' dengan membawakan isu-isu khilaf maka saya mengambil keputusan untuk menolongnya menulis artikel ini. Artikel ini saya sediakan dengan mengetepikan segala isu-isu khilaf dan membawakan fadilat-fadilat amal untuk dijadikan panduan kepada semua pembaca.

Oleh itu, saya ingin memberi ingatan kepada beberapa golongan tertentu agar tidak terjerumus di dalam pertengkaran dan percakaran mengenai isu-isu khilafiyyah seperti ini. Ini bertepatan dengan kenyataan Imam Jalaluddin al-Sayuti di dalam kitabnya al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah sepertimana Kaedah Fiqhiyyah berikut: Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.



MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

ala....




aishah??aq la 2..hmm..aq bosan la awal2 ni...

bukan pe,memang ramai kengkawan lama aq kat CFS dulu 2..

tapi kat bilik,aq sensorang jugak,

lagi 2 orang 2 senior,

segan la nak borak macam kawan2 aq yang lain,

ye lar kn,baru lagi pon,

kalau ngan asama boleh je aq menjerit panggil...haha

xkn ngn senior nak wat g2.

akhirnya, masuk jugak aq kat gombak ni,

tp 2 la,yang dapat bilik ngn geng 2 best r,

macam aq dye da tentukan sendiri,

sakitnyer ati!!


bilik ley tahan besar la,

tapi aq ni jenis tak suka sensorang,..buhsan!!

memang la nanti ramai kawan,

tapi kan senang lagi kalau aq ngn kawan aq 2 yang jadwal ktowg sama,

wat keje n p kls sesama.

kn mudah kan aq 2 namanyer~


arghhhhh....ader lak perasaan cam malas nk blaja da,

maper la aq ley terpikir mende2 cam2,

xkn r sebab dok sorang pon perasaan 2 muncul.huh!


nak balik!!!huhu

aq rindu umah ler...

teruknyer aq homesick,

da tua bangka da..

ader aq kisah orang cakap aq homesick??

da memang aq dari dulu macam 2..

kalau tak,mesti aq stay je kt SMATAF dl tu ha.. sana taw!

hampeh jer.

kalau ayah aq bagi pindh skul

,memang sebulan je aq ley bartahan

haha


cian abah ader anak macam aq ni ha..

asyik nyusahkan dye jer

nasib baik peneman jantung hati aq ni ader,

kalau x,xtw la ape aq nk wat sensirang ni.

tgk MMV,movie,korea..

huhu

cintakan awak.......

sayang awak........

rindukan awak...

encik lenovo ku...




besok ker?




ala.....besok da nak balik,?

hmmm..aq da jadi macam masa form 1 dulu asenyer..
adoi!!!!!!
xske nyer..nape la ader perasaan camni.
da beso2 pon aq ase cam xley nak survive sendiri je,
please la aishah berdiri di atas kaki sendiri.
da selama ni agaknyer aq diri kat kaki umi ker
xd la pulak...
ala...malasnyer nak balik.sarah nak balik pas zohor lak,
ala..gate tutup kol 12 kn.


awalnyer..haha
lek r,dekat je kn.haha
ske ati aq je..
aq klu boleh lagi lambat lagi bagus.
xd keje lagipon,
assignment tu lambat lagi kn...
haha..
arghhhh....
jadi pemalas pulak aq ni..
xnk2,jgn malas..
gler banyak subject kot
even redit hour xbyk...
tapi nk blaja 2 byk..


lecturer foreigner ckp lagi slow kot dr yg local punyer..
boleh pulak dye ckp aq xphm...
fluent sgt kowt..
org len pon ckp dye memang laju..
bukan aq sowang je,
klu aq sorang memang xbetol la aq..
tp aq memang betol pon..
aq da r nak major ni..
jangan memain ler....


biler lagi aq nak balik ni..
da r balik semalam da penat..
aq ingt kn nk balik next week.
da sarah tbe2 on the spot kol aq pagi smlm tny nk balik x,
memang la aq nk balik.
kalau nxt week aq blh blik ari khmis,
jumaat pon bkn ader kelas..haha..

ala...kalau orang nak cakap aq homesick pon aq peduli aper,
zainol pon balik juga,
padahal baru 10 ari dok sana..
pe la zainol ko ni..
tu pon nak balik,
dok je la kat sana..
aq xpe..
huhu
ader sebab la konon...

xp..ab
ah bukan kisah pon aq balik..
tambang claim kan..hua3..
aq xd 10 ari,
balik semalam bilik aq da xtw nak ckp pe.
en tikus pon boleh sesat dalam 2 aq ase...
buku besepah kat lantai!!!
kain baju yang da basuh n blom bercampur atas katil aq..!!!!!
henger merata-rata!!!!
atas meja study xpyh ckp r
,buku jugak xbersusun!!!!
sejadah n kain smyg!!!!!
adoyai!!!!!!!!!
letih aq balik2 trus kemas..
ni blom aq tinggal sebulan lagi..
pe nak jadi la ngan adik2 aq ni..

ko cyap farah..
duduk la asrama 2 next year
ihsan 2 pon xp,
nk g tahfiz 2 lagi bgs,
blaja cket kemas barang sendiri,
ni sumer umi nk kena wat
da r umi xd masa nk wat kje sumer,
kalau aq kt umah xp
hari2 bekemas....
p la blaja berdikari,
iron baju sndr,
bsh,lipat,sidai baju sendiri..
ko xpandai pon lanx ko la..
xkn kat sana nak suh umi bawak balik baju koto..
memang tangan aq naik muka ko la.
huh!!
nk mengamak aq ase ngn adeq aq ni..
farah.....farah......

Saturday, 3 July 2010

cepatnyer

peh!! rase2 mcm masa ni cptnyer la berlalu
nk dkt 4 bln da aq dok umah ni
kdg2 rasa rindu nak blaja
tapi bila masa nye da nak tiba
aq jadi malas plak
adat la 2 kan

tersangat la ader perasan tu skrg
xbley buang la plak
nape ek?
sebab kn...
ko kena jugak pegi sana no matter what.
understand!!
huh!!!!

aq da kemas baju,buku,
barang2 mandi lom ag
ader yang xcukup,
tapi nanti la sampai sana baru beli
nak bawak baldi ker?
kalau beli kat sana jugak xp kn??
hmm,nak angkut bawak naik room 2 sangat la malas nyer

buku pe plak yang aq nak bawak ek?
kalau bawak nanti je xpe x?
aq sebenarnye kalau boleh nak bawak 2 beg je.haha
ko ingat ko da lama dok c2?
sengal tol la.
ko 2 da la baru je nak register
pas2 konon2 cam da bape sem dok c2.
fikir la cket.
macam adeq aq slalu cakap kat aq
"please use your brain ok!!"
sengal je adeq..
huhu

mataku plak macamaner?
haha..sorang lagi mangsa da dijangkiti..
hehe..adeq ku farah.
tdo ngan aq kn.that's y la kena.
dugaan la ek.
mataku ni pon xbaik lagi betol2.
ader sepet lagi ckit je...

insyaAllah ok la 2 nanti...
berdoa~~
Ya Allah sembuhkanlah sakit mataku dan gusi ku ini
dan permudahkan lah aq dalam semua urusan yang akan ku lalui nanti.
aminn....

cantekkk~~

hari ni ,
mataku macam mana?
alhamdulillah..
semakin pulih,
berkat kesabaran,doa
ujian sebelum nk register ni
xsangka dahsat jgk aq kena ek

da kemas ke?
emm..da la cket,
xnk bwk byk2,
nanti ssh nk angkut naik bilik,
da r xtw lagi bilik ktner?
tingkat bape?
taw mahallah je.
bwk pe yg ptot je dl

da ready nk masok?
hmmm,tkot la..
nk blaja kt sana,
bukan pe,
takut xdpt catch up,
aq nyer bi da makin teruk je,
camaner pulak la.?

hopefully...
dapat la 1 room ngan ema
senang nak blaja jadual,
subjek pon sama
kan mudah tu.
aq ni da la pandai pon kurang,
sekarang ni dok umah,
otak aq cam da t'cemar je.

byk ngumpat kot??
emm,yelar 2.
byk sgt dosa yg da aq lakukan ni,
btol ke aishah?
yelar..
ape xbetulnyer.
seb bek last2 ni aq xkje da
sbb la jmp membe,
lg byk dosa wat.
hahaha

dok umah byk tgk tb je,
xp je,
pas2 on9..
ok r 2..
byk ilmu dapat,
klu byk on9,
tp bkk mende b'paedah la yek
yg lain.
ha ro alif mim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...