Thursday, 2 October 2014

dari mulut bawa ke hati
kotornya kata-kata yang keluar dari mulut
maka kotor juga la hati
menghitami

Tuesday, 29 April 2014

untuk si cantik manim

ikhlas dari hati...

si kecil,
namun hatinya besar,
akalnya jauh seperti mahu terbang,
hatinya keras,
mudah untuk merasa gagal jika mahu dilentur,
pendiriannya tegas,
jangan diganggu pemikirannya,
jika dia mahu dia pasti buat.

cantik orangnya,
tapi jangan disangka,
bisa kata-katanya,
tiada siapa bisa menghalang dia,
kerna sukahati dia la mahu kata apa pun,
kenapa perlu di debat,
biarkan saja,
kalau tidak tahan silakan berambusa.

si mata palsu,
kalau malas,
dilekapkan saja kacamata ke mata,
malas mahu menempelkan mata tipu itu,
kadang tanpa mata itu,
hanya jelingan mampu diberi pada sekeliling,
penglihatannya terbatas,
bukan sengaja,
walau terkadang itu memang sengaja.(hahaha)

si kuat ingatan,
mudah saja mampu score dalam kelas,
walau bacaanya kurang,
ku fikir dia bisa mengingat dengan sekali baca,
luar biasa,
tidak sangka,
secekap itu.










Wednesday, 23 April 2014

sikap manusia

manusia itu punya pelbagai attitude,
aku mampu menerima selagi mana ia tidak menyakiti hati aku

penyakit sensitif terlampau

sesiapa yang dia rasa diri dia ada penyakit sensitif yang melampau tu mohon perbaiki diri.mungkin diri sendiri tak perasa,tapi itu menyusahkan orang lain.bila orang dah nasihatkan berbuih2 mulut tak nak faham, tak nak berubah.bagi aku,orang macam kau ni sepatutnya duduk tepi jambatan sebelah longkang je sorang-sorang. tak menyusahkan orang,tak menyakitkan hati orang,orang pon tak nak mengumpat kau. kecuali orang akan kesiankan kau duduk kat tepian tu sorang-sorang.puas hati????!!!

masalah penyakit sensitif ni terdiri daripada
1-orang tak celebrate birthday party untuk dia merajuk(walaupun sebenarnya dah plan.kuanghajak kata kitorang tak nak ingat.eh,sukati la nak buat bila2 pon.cepat ke lambat.kau pedulik hape.dah katanya prank.hu!!)

2-dia yang buat salah kat aku dan sepatutnya aku yang merajuk,ni dia pulak nak terasa lebih.bangang punya orang!!! pastu mulalah nak keluar group la bagai.ko ingat orang nak layan kerenah bangang kau tu.

3-dia kenalkan kawan lelaki dia kat kitorang,pastu kawan lelaki dia suka kat kitorang kau bengang. weh!! kau ni pehal,dah kawan kau yang suka,btw kan...kau yang perkenalkan.kau ni memang dah kenapa!!!??

4-bila argue pasal jawapan sape paling betul kau ngamuk nak kata jawapan kau betul.sekali tanya orang yang lagi arif,see...jawapan aku betul.kau merajuk tak nak study sama.weh psiko....masalah hidup kau ni kenapa sebenrnya. sakit mental ke jiwa???

psikoooooo...aku stress hidup ngan kau taw.
kau buat aku marah sepatutnya aku ynag bengang dan merajuk.ni kau pulak yang jadi macamtu. kau ni gila ke hape.
sedap kau nak orang jaga hati kau.
habis hati kiitorang semua kau nak suruh sape yang jaga?
mak bapak kau?
gila psiko.

ego perempuan

cuba kau bandingkan perempuan yang berilmu dan yang mungkin bagi aku kurang ilmu.dalam erti kata lain mungkin dia tidak gemar membaca dan sebagainya la kan. siap yang punya ego paling tinggi?
jawapan yang aku akan berikan adalah...
yes...orang yang tinggi ilmunya.bukan aku nak generalize ke apa,tapi itu persepsi yang mereka berikan, yang mereka tonjolkan dalam kehidupan seharian mereka. sedikit sebanyak melunturkan persepsi aku bahawa mereka ini bukan senang menerima kritikan. menerima kritikan, teguran dan sebagainya daripada golongan yang mereka fikir kurang ilmu daripada mereka tidak selayaknya memberikan kata-kata manfaat buat mereka. mungkin teguran kami yang kurang berilmu ni sekadar teguran bodoh dimatanya.tiada yang perlu diambil kerna tiada apa-apa manfaat dari apa yang kami berikan.
memang susah nak memberi kata-kata pada golongan mereka ni.mereka fikir mereka sudah pandai. segala semua ilmu di dunia ni sudah mereka jelajahi. walhal mereka tidak sedar bahawa mereka lebih kurang pandai dari yang tidak berilmu ini. sudah la..
ilmu masih dipersisiran pandai sudah mahu kata ilmu seluas lautan.sudah la dengan perasaan ego kamu tu.

Monday, 21 April 2014

penghargaan


kadang manusia itu tidak berkira,
segala kerja yang disuruh dianggap satu tangungjawab,
bukan bebanan,
kerana itu adalah keinginan sendiri untuk melaksanakannya,
untuk berada dalam lingkungan itu,
tapi satu masa,
segala apa yang dibuat,
tidak dihargai,
tidak dipandang,
maka saat itu,
syaitunnirajim menghampiri,
berbisik,
mengatakan,
"kau hanya dianggap sebagai kuli,mereka perlukan kau mereka panggil kau, kalau tidak,batang hidung kau pun diorang takmau tengok!"
kurang hajar punya syaiton,
tapi kadang.....
perkara itu benar,
itu la sikap manusia,
bila kita punya kepentingan pada mereka,
dipanggil-panggil nya kita,
disanjung-sanjung,
akhir sekali,
sudah diangkat dan dilambung setinggi awan,
dilepaskan saja tangan itu,
biar terhempap,
berkecai,
kalau boleh hilang dari mata,
kerna sudah tiada guna lagi.
manusia..


Thursday, 17 April 2014

kehidupan sebenar

lives is for sharing
never walk alone
we need everybody
to fill our lives
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...